“Ramai Tak Tahu Sebenarnya Intan Ini Ipar Saya” Nadia Mustafar Buat Pendedahan

 

Sebelum ini ramai yang tahu bahawa penyanyi dan pelakon Ani Maiyuni merupakan salah seorang selebriti yang mengenali Intan Liana dan juga Ude Wahid.

Kini seorang lagi  pelakon popular, Nadia Mustafar yang kini mahu dikenali sebagai Nazia Mustafar turut terkesan dengan kontroversi yang menimpa ke atas Intan Liyana, Ude dan juga madunya, pelakon Izreen Azminda.

Susulan itu, Nadia Mustafar terasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di laman Instagramnya tentang isu ini.

Nadia Mustafar memberitahu bahawa sebenarnya Intan Liana merupakan iparnya.

Pelakon berusia 43 tahun ini turut menitipkan kata-kata semangat selain bertawakal dengan ketentuan dari Tuhan.

Ini coretan hati dari Nadia Mustafar:

“Assalamualaikum. Ramai yang tak tahu sebenarnya Intan ini ipar saya. Tiba-tiba, hari ini hati saya terpanggil untuk mengatakan sesuatu.

“Sebagai seorang kakak, perasaan sedih itu tak lari dengan apa yang belaku pada dia sekarang ini. Saya mohon doa dari semua agar perjalanan hidup dia lebih baik selepas ini,”

“Wahai adikku, hadapilah segalanya dengan tenang, bagi akak, tiada siapa yang bersalah dalam soal ini kerana susunan ini sudah pun tertulis untuk perjalanan hidupmu.

“Apa yang perlu adik buat, bersedia dalam segala kemungkinan yang akan datang, sesungguhnya susunan yang ALLAH beri padamu adalah yang terbaik buatmu dik.

“Berhentilah dari bersedih dan sama-sama kita berdoa agar semuanya selesai dengan sebaik mungkin. Redhalah di atas segalanya,”

“Saya juga bermohon agar hentikanlah juga segala kecaman-kecaman yang dilontarkan pada pihak kedua kerana hidup kita pun belum tahu kesudahannya.

“Hargailah setiap detik dan masa kerana ia tidak akan dapat dikembalikan,”

Nadia Mustafar meminta agar para netizen menggantikan semua kecaman yang dilemparkan kepada pihak Ude Wahid.

Untuk makluman, Nadia Mustafar kini mahu dikenali sebagai Nazia kerana itu merupakan nama betulnya iaitu Siti Naziyah binti Sheikh Mustafar.

Sumber : infoberita.bid